Sunday, August 05, 2012

BERBUKA PUASA: RESEPI IKAN PATIN MASAK ASAM REBUS

Lapar Tak Sahur...krokkk..khrokkk (bunyi perut)

SEPANG 5 Ogos 2012-  Harini cuaca mendung. So, untuk berbuka puasa, ak rancang untuk masak Ikan Patin. Otw g Tesco singgah MCD.. Isteri mengidam nak makan McD.. Sampai rumah minta tlg isteri masak.

Untuk mengetahui resepi ini lebih lanjut, Sila klik link di bawah. Selamat Mencuba!
Resepi Ikan Patin Masak Asam Rebus

Wednesday, August 25, 2010

RESEPI IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT

RESEPI IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT
Untuk dapatkan full resepi klik : http://adf.ly/r1yOd
Bahan-Bahan Masak:
  1. Ikan cencaru (Pelbagai Saiz)-2 ekor
  2. Sebiji Bawang Merah
  3. Kelapa Parut (sebiji kelapa)
  4. Daun Limau Purut ( Di racik halus)
  5. Lada kering segenggam* ( di rendam suam dan di kisar)
Nota: Jumlah lada kering bergantung kepada tahap kepedasan yg anda mahukan.
Cara-Cara Siang Ikan:

  • Siang ikan dengan cara membelah bahagian belakang bdn ikan. Buang perut, insang dan cuci bersih.
Membuat isi Sumbat:
  1. Masukkan kelapa parut kedalam mangkuk
  2. Gaulkan ladang kering yg telah di kisar, bawang merah yang di potong bulat,daun limau purut, kedalam mangkuk berisi kelapa parut td sebati.
  3. Sumbatkan bahan yg telah di gaul ke dalam bdn ikan.
  4. Bakar ikan di atas kuali selama 20min.
  5. Sedia di makan bersama perahan limau nipis dan sambal kicap.

Sunday, November 01, 2009

ACCENT-SLANGA-LOGHAT-TELOR-MELAKA

terjongkang=terjatuh
lorat=melebih-lebih
nau=terlalu
dak=budak
sasau=gila
pasau=pasar
belajau=belajar
kuak=ketepi
bandau=tali air@bandau
cuti=coti
kunci=konci
belo=bodoh
bongkau=pergi
memulau=curi tulang
terbongkang=tidur
sasau=gila
gebau=selimut
memboko=makan
gebang=menipu
lokos=basah
menonong=selamba
mengokot=berturut
gobok=almari
semangka=tembikai
Selenge=bodoh
menonong=selamba
ketetel=lari2 anak
cilanat=cilaka+lahanat
lahabau=(Kata2 mencarut)
Musibat Tua=(kata2 Mencarut)
Ghasak=suke hati
Godak=kacau air
Belebas=tempat yg tinggi spt atas almari
Begau=bodoh
terpeleot/terpelecok=terseliuh
ceno'et=kecil
pe'el=perangai
telokop=tutup
mengigal=nakal
sesah=pukul
kosi=kerusi
galeh=ketepi
hengot-beghot=senget
para=loteng
belengging=tak pakai baju
ma re=haiwan berbahaya, musuh

Saturday, September 12, 2009

RESEPI UNGKEP AYAM (JAVANESE STYLE)

RESEPI MASAK UNGKEP JAWA

1. Hari ini aku masak masakan Jawa yang sangat terkenal di kepulauan tanah melayu iaitu ungkep ayam atau dalam bahasa melayunya masak sate goreng.

2. Memandangkan ini pertama kali aku memasak resepi ini, jadi aku menulis resepi tersebut dalam ruangan ini.

3. Resepi ini boleh juga guna daging, hati ayam atau apa2 saja yg dirasakan sesuai..


gambar 1:Ungkep di dalam periuk

gambar 2: ungkep yang telah siap di masak

Bahan-bahan untuk seekor ayam:
  • Biji ketumbar 2cawan
  • Jintan putih 2sudu besar
  • Jintan manis4sudu besar
  • Kunyit hidup 2inch
  • bawang besar 6biji
  • bawang putih sebiji(6ulas)
  • minyak masak
  • cili padi (jika mereka inginkan rasa pedas)
  • serai 4btg diketuk
  • asam jawa setangah cawan
  • gula&garam secukup rasa
Cara-cara:

1. kupas bahan-bahan yg boleh di kupas.
2. rendam biji ketumbar, jintan2 tersebut ngan air panas selama 2minit.
3. kisar bersama2 biji ketumbar,jintan putih, jintan putih, jintan manis, kunyit, bawang besar&bawang putih, ngan cili padi.
4. panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 yg di kisar td. masukkan 4btg serai yg di ketuk.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa korang.
6. Masukkan ayam yang sudah di potong dan gaulkan bersama dgn bahan yg di tumis.
7.masukkan air asam jawa lebih kurang 1cawan.
8.tggu didih sehingga ayam masak dan airnye kering sedikit kira2 20min.
9.siap di hidangkan dan di makan bersama nasi putih panas-panas.


p/s: selamat mencuba.sedapnya ungkep ayam..hehe

Wednesday, September 09, 2009

IKAN PATIN MASAK ASAM

hari semalam aku blaja masak lagi..

aku masak ikan patin masak asam..
harga patin murah gile..3 ekor saiz besar RM6.++
Gambar: hidangan yang menyelerakan..bau pon sedap!
bahan-bahan:
ikan patin 3 ekor
belacan secubit
cili sepedas yg anda mahu
asam jawa
kunyit

cara-cara:
1.siang ikan, potong ikut suke..kepala dia belah dua.
2. kisar belacan, cili padi
3.masukkan ikan dalam belanga, gaulkan ngan bahan2 yg dikisar td.
4. panaskan belanga, masukkan air asam jawa segenggam dalam belanga.masukkan kunyit serbuk secamca sudu teh, garam secukup rasa.kacau..
5.tambah air ikut paras2 ikan.
6.tggu 25minit.
7.siap untuk di makan.


p/s:weekend ni nak masak 'ungkep'..resepi javanese

Sunday, July 26, 2009

RESEPI SUP TULANG


Gambar 1: ehem.sedapnye bau sup ni..nyam2..

Kalau anda nak tau..aku ni salah sorg peminat sup tulang aka sup gearbox(ala2 kenderaan bermotor)...so kali ni aku nak share ngan korang resepi sup yg sedap nih..follow ye kawan2..ianya semudah A.B.C..

1 kg tulang rusuk lembu

4 biji ubi kentang

10 ulas bawang merah (tumbuk)

5 ulas bawang putih (tumbuk)

1 cm halia muda (tumbuk)

1 1/2 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil jintan putih (tumbuk)

1/2 sudu kecil jintan manis (tumbuk)

4 biji buah pelaga (ketuk)

1 cm kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

2 tangkai daun sup

Sedikit bawang goring


CARA MENYEDIAKAN:

1.Rebuskan tulang lembu bersama kulit kayu manis sehingga dagingnya lembut.

2.Masukkan ubi kentang. Ketepikan.

3.Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau dan tuangkan

ke dalam periuk rebusan tulang tadi.

4.Seterusnya, masukkan sedikit garam dan kacau rata.

5.Masukkan pula daun sup dan bawang goreng.

6.Angkat dan hidangkan.

Giant Crab 1.1kg - ketam gergasi

Last week aku balik umah..my big bro bawa balik ketam paya..besornye..tu pada pendapat aku la..taktau la korg..mm..korg tgk dan nilai sendiri scale binatang ini..


Gambar 1: hello..ketam pon dah pandai men SMS


Gambar 2: AMARAN!!ANDA DI NASIHATKAN TIDAK MENIRU AKSI INI..
Berani cubalah sepit..HAHA..tak gentar mehhh..
Gambar 3: Mulut ketam ni berkumat-kamit..berzikir agaknye..mm..

Saturday, July 25, 2009

pertama kali memasak kari


gambar 1: ni masa kari tu nak didih


Gambar 2: dah siap di masak dalam periuk..sedap bau oo

Gambar 3: Sedia untuk di makan
Gambar 4: Naha masak sayur bayam ni wehh..cayalah

1)hari ini merupakan hari yang ceria..haha..start ayat skema siut..

2)first time aku practise masak kari setelah bertapa di rumah blaja masak kari ngan Bonda tercinta..

3)so, untuk post hari ini, ak akan bg resepi tuk para pembaca sekalian(kalo ada org yg nak baca la..)

4)resepi kari, 2bwg besar.2 ulas bwg putih, halia 1inch(sume bahan td di kisar dengan pengisar.

5)panaskan periuk, letak minyak-tumis halba 2cubit, buah pelaga 6 biji, kayu manis 2, bunga lawang 4,- pastu masukkan bahan yg di blendkan td tu separuh kedalam periuk tumis td.

6)bila dah start kekuningan..aroma pun dah masyukkk..masukkan separuh SERBUK KARI BABAS PEKET BESAR kat dalm periuk td.kacau2..masukkan daun kari ..masukkan lebihan bahan yg di blend.

7)tambah sket air.masukkan garam secukup rasa. dah didih..masukkan ayam, kentang, lobak merah..dah empuk masukkan tomato..siap di makan...

saya sudah mencuba..anda bila lagi???


Gambar 5: pose istimewa dari kawan2.jemput makan...(maaf la rumah bujang..bersepah sket)




BERBUKA PUASA: RESEPI IKAN PATIN MASAK ASAM REBUS

Lapar Tak Sahur...krokkk..khrokkk (bunyi perut) SEPANG 5 Ogos 2012-  Harini cuaca mendung. So, untuk berbuka puasa, ak rancang untuk masa...